S.K. TAMAN CEMPAKA JOHOR BAHRU

BERBUDAYA BERWAWASAN

Selamat Datang ke Facebook SKTCJB !!!

Click ikon di bawah untuk ke sesawang Facebook SK Taman Cempaka JB 

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG RASMI SK TAMAN CEMPAKA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

dan salam sejahtera,

 

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya maka terbinalah sebuah laman web rasmi Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka. Dalam keghairahan kita berbicara mengenai teknologi maklumat dan komunikasi, sudah tentu kita tidak mahu ketinggalan dalam era globalisasi ini di mana teknologi maklumat dengan kehidupan seharian seakan-akan tidak dapat dipisahkan.

 Justeru itu, usaha membangunkan laman web ini diharap dapat menyalurkan informasi terkini berkaitan sekolah kepada para pengunjung dengan cepat. Saya berasa sanggat berbesar hati dan berbangga serta saya amat mengalu-alukan penyertaan semua pihak untuk berinteraksi, berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan serta cadangan untuk memajukan lagi SKTC.

 Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada ahli jawatankuasa ICT sekolah terutamanya kepada unit Pelan Strategik dan Laman Web SKTC yang begitu komited dalam usaha mewujudkan laman web ini. Penghargaan juga kepada PIBG sekolah ini di atas sokongan padu yang diberikan.

 Semoga dengan adanya ruangan ini, diharap dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, salam hormat dan selamat melayari laman web sekolah ini.

 "Majulah IT Untuk Semua"

Hjh. Nurain Binti Ali

GURU BESAR SK TAMAN CEMPAKA, JOHOR BAHRU

 

===========================================================

Welcome

Newest Members

Site Clock

Google+ Web Search

Countdown Clock

Recent Forum Posts