S.K. TAMAN CEMPAKA JOHOR BAHRU

BERBUDAYA BERWAWASAN

SEJARAH SKTC

 

  SKTC mula beroperasi sepenunya pada 1 Januari 1997 dengan murid berjumlah 660 orang dan 36 orang guru. Jumlah ini melebihi jangkaan awal iaitu sejumlah 450 orang yang akan mendaftarkan diri dari sekolah-sekolah berhampiran.

   Encik Jaafar Bin Haron adalah guru besar yang dipertanggungjawabkan menerajui pentadbiran sekolah ini sehinggalah ia bersara pada 28 Februari 1998. Encik Jaafar juga menjadi guru besar kepada Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2. Beliau merupakan satu-satunya guru besar kepada 2 buah sekolah dalam masa yang sama.

  Tenaga pengajar SKTC pada waktu itu adalah terdiri dari guru-guru yang dipindahkan dari sekolah-sekolah di sekitar Johor Bahru dan juga guru-guru baru lepasan maktab. Secara keseluruhannya tenaga pengajar terdiri dari guru-guru senior yang berpengalaman dan guru-guru muda yang bertenaga. Mereka mula ditempatkan pada 1 Disember 1996 untuk menjalankan tugas-tugas merintis pembukaan sekolah yang melibatkan usaha-usaha penyusunan perabot, penglebelan bilik-bilik, kerja-kerja keceriaan, kerja-kerja pengurusan dan dokumentasi.

  Pada peringkat awal pembukaannya, murid-murid tahun 1 terdiri daripada murid-murid yang tinggal di persekitaran Taman Dahlia, Taman Cempaka, Taman Johor dan Taman Munsyi Ibrahim. Manakala murid-murid Tahun 2 hingga 6 datangnya dari sekolah-sekolah berhampiran seperti dari Sekolah Kebangsaan Perumahan SEDC, Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 1 dan Sekolah Kebangsaan Perumahan Tampoi 2 yang berpindah berdasarkan kedudukan rumah murid berkenaan.

  Dari segi bangunan SKTC, ia siap dibina pada November 1996. Ia dilengkapi dengan 18 buah bilik darjah dan kelas-kelas khas. Pembinaan bangunan mengikut plan terkini Jabatan Pendidikan di mana keperluan bilik telah dipenuhi termasuk padang dan kantin.

 

MAKLUMAT SEKOLAH

 

Latar belakang penduduk setempat

Penduduk di persekitaran SKTC adalah terdiri dari berbilang bangsa yang majoritinya adalah bangsa Melayu. Penduduk di sekitar SKTC majoritinya adalah dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

 

Bil

Bangsa

Jumlah

Peratus

1

Melayu

7,289

58.2%

2

Cina

4,070

32.5%

3

India

914

7.3%

4

Lain-lain

250

2%

 

Taman Cempaka yang terdiri dari  27 blok rumah flat dan Taman Dahlia adalah terdiri daripada kawasan perumahan teres kos rendah.

 

LENCANA SK TAMAN CEMPAKA

1Maksud cogankata “BERBUDAYA BERWAWASAN” adalah melambangkan murid-murid SKTC yang mempunyai budaya tersendiri yang mantap ke arah merealisasikan impian negara menuju WAWASAN 2020.

2.  Warna dan maksud :

Biru            : lambang perpaduan masyarakat sekolah, iaitu kerjasama yang terjalin antara murid, kakitangan sekolah, guru dan ibubapa.

Kuning         :  ketaatan warga SKTC terhadap agama, raja dan negara serta mengikut peraturan yang telah ditetapkan

Merah           :  melambangkan keberanian dan kecekelan menempuh apa jua rintangan dalam menuntut ilmu pengetahuan

3.  Bulatan bermaksud pemuafakatan warga SKTC meningkatkan pencapaian sekolah dalam segala bidang

4.  Satelit bermaksud simbol kepada komitmen sekolah untuk membangunkan sekolah kepada teknologi maklumat. Melahirkan anak didik yang berketrampilan dalam dunia teknologi maklumat.

5.  Buku terbuka bermasud lambing kepentingan ilmu kepada setiap individu. Peluang belajar terbuka luas kepada semua murid tanpa ada perbezaan darjat atau warna kulit.

 

LAGU SEKOLAH

 

 

BERBUDAYA BERWAWASAN

 

MENJADI AMALAN KITA

 

BERUSAHA MAJU JAYA

 

BERDISIPLIN BERSUSILA

 

RUKUN NEGARA PANDUAN KITA

 

AMALAN KITA SEMUA

 

DAN KESUNGGUHAN  MENJAMIN KEJAYAAN

 

KITA BERUSAHA

 

 DENGAN SEPENUH HATI

 

UNTUK MENCAPAI CITA-CITA YANG MURNI

 

MAJULAH...

 

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CEMPAKA

 

MAJULAH...

 

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CEMPAKA

 

 

 

 

GURU BESAR SKTC

   Pentadbiran sekolah ini diterajui oleh Puan Hajah Norain Binti Ali yang juga merupakan guru besar keenam di sekolah ini. Puan Hajah Norain Binti Ali memimpin SKTC dari awal tahun 2014 hinggalah sekarang. Beliau yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan 1 di SK Sri Perling 3 telah dinaikkan pangkat menjadi guru besar dan ditugaskan ke SK. Taman Cempaka menggantikan guru besar sebelum ini iaitu Tuan Haji Shafiee Bin Omar yang telapun berpencen. Kami warga SK Taman Cempaka mengucapkan selamat datang kepada Puan Hajah Norain.

 

SENARAI GURU BESAR

Berikut adalah senarai guru besar yang telah dan sedang berkhidmat di  SK Taman Cempaka.

 

Bil Nama Tarikh Bertugas Foto
 1. En Jaafar Bin Haron 1 Januari 1997 hingga 28 Februari 1998 - tiada -
2. En Sahibul Bahrin Bin Ahmad 1 Mac 1998 hingga 28 Februari 2000 
 3. Pn Hjh Khatinah Binti Damin 1 Mac 2000 hingga 21 Februari 2005 
 4.Tn Hj Mohd Nasir Bin Mahbob  1 Mac 2005 hingga

31 Disember 2008

 
 5.Tn Hj Shafiee Bin Omar 1 Januari 2009 hingga 11 Februari 2014 
 6. Puan Hajah Norain Binti Ali12 Februari 2014 hingga sekarang  


 

 

LOKASI

a)   Lokasi

Alamat :

Sekolah Kebangsaan Taman Cempaka

Jalan Persiaran Dahlia, 82100 Johor Bahru.

Di persekitaran sekolah ini terdapat 3 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah iaitu:- 

·         Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga

·         Sekolah Kebangsaan Seri Melati

·         Sekolah Kebangsaan Tampoi 2

·         Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Rahmat 

b)   Peta

Peta 1 : Lokasi SK. Taman Cempaka

 

 

 Peta 2 : Nama-Nama Jalan sebagai petunjuk arah.

 

Welcome

Newest Members

Site Clock

Google+ Web Search

Countdown Clock

Recent Forum Posts